Saturday, March 5, 2011

Sekalung Tahniah Buat Bob Lokman

Hari ini rasa terlintas dihati untuk menulis sesuatu berkenaan dengan isu Bob Lokman ini......
Walaupun kisah ini sudah pun lapok dek zaman oleh para pembaca blog khususnya dan masyarakat amnya, namun aku tidak berasa segan silu untuk mengolah sesuatu mengenai Bob Lokman ini....


Mungkin para penulis lain menulis kisah ini atas dasar politik dan sebagainya namun aku mengerak-gerakkan jari jemari aku ini menulis sesuatu mengenai Bob Lokman bukan atas dasar POLITIK, bukan juga atas dasar PARTI, bukan juga bukan atas alasan AGAMA sebenarnya. Sebagai penulis, aku melihat apa yang sedang dilakukan oleh Bob Lokman adalah satu tindakkan atau satu penghijrahan yang dibuat atas dasar untuk mengenali diri dan seterusnya take an action sejajar dengan target atau wawasan yang hendak dia capai. 


 Dan inilah apa yang aku ingin kongsikan bersama anda semua.....malah ramai orang-orang dahulu yang terkenal dengan kejayaan mereka juga atas sebab-sebab seperti ini....dan inilah apa yang aku tulis di atas 'Title Description' aku iaitu..............'Bagaimana kita berharap untuk sampai, sedangkan kita tidak tahu kemana kita hendak pergi.....Susah sebenarnya hendak merungkai persoalan hidup kita ini...lebih-lebih lagi untuk mencari diri kita sendiri.....Bagi pembaca yang belum memahami maksud aku yang mungkin agak mendalam kata sasteranya ini, apa yang aku cuba maksudkan ialah satu perkara paling berharga dalam hidup Bob Lokman ialah beliau telah mencari diri sendiri (haha)....Ada dikalangan orang mencari diri sendiri, cari apa,bagaimana, siapa, bila, di mana dan sebagainya sehingga penuh satu buku dengan pernyataan atau cita-cita dan harapan seterusnya langkah ke arah mencapai visi tersebut...Namun akhirnya gagal dan menemui jalan buntu kerana tiada action atau tindakkan yang diambil melalui langkah ke arah kejayaan itu....


 Alhamdulillah Bob Lokman telah pun melalui semua itu dan telah pun mengambil tindakkan atas apa yang dia nekad untuk menjadi....cuma dan selalunya tika kita mengharungi hidup di dunia ni, biasalah pelbagai dugaan dan cabaran bakal kita tempuhi....sepertimana artikel dibawah- bawah ni yang aku pernah tulis(scrolla kebawah...cari sendiri)....dan kalau ada dikalangan para pembaca yang boleh memberitahu sendiri kepada Bob Lokman...aku ingin sampaikan ni kepada dia:

"Ingatlah orang yang berya di dunia ini adalah mereka yang mencari keadaan yang diinginkannya dan jika mereka tidak berhasil menemukannya....mereka akan berusaha menciptanya........hidup perlu bermuhasabah...periksalah diri anda.....pusatkanlah perhatian anda dan fokus"


Baik....itu cerita asal niat mengapa aku menulis post ini...ini pula kisah berkenaan Bob Lokman yang berhijrah dari sesuatu kepada sesuatu....Pada mulanya aku melihat kelibat Bob Lokman dalam siri awal Gelangang Raja Lawak Astro musim ke-5...mari sama-sama kita saksikan (kalau music kat bawah tu menganggu..pausekanla dulu k):


Walaupun aku tahu pada asalnya juri untuk musim ke-5 ini adalah orang lain...tp melihat pada penampilan Bob Lokman tika ini aku merasakan ini bukan satu gimik ataupun secara dirancang oleh program tersebut.....Lantas fikiranku mula terfikir "mungkin Bob berubah kerana kematian arwah Din Beramboi" dan lalu aku membiarkan ia berlalu tanpa mengambil pedulik...Minggu kemudiannya aku didatangi oleh tetamu terdekat aku ini iaitu Pak Lang aku haha...(12km ja umah dia ngan umah aku)...dalam duduk2 bersembang terkeluar dari mulut beliau berkenaan Bob Lokman di Kedah....wah ketinggalan zaman aku rupanya...Lantas aku mengerakan cursor search membaca perubahan baru Bob Lokman ini...



Bob Lokman menyertai parti Pas.....dan borang penyerahan ahli di serahkan sendiri kepada YB Kedah ustaz Azizan dan dalam suatu ketika diadakan ceramah oleh beliau dalam perhimpuan seramai  30K umat manusia...dan demikianlah serba sedikit cerita aku ini...Sekalung Tahniah dari Impian Seroja...Wassalam


No comments:

Post a Comment