Sunday, March 13, 2011

Siapa Raja Petra Kamarudin

Raja Petra Kamaruddin (lahir 1950 , dikenali sebagai Peter atau RPK) adalah seorang penulis blog Malaysia berbangsa Melayu, membangunkan laman Malaysia Today berbahasa Inggeris yang mana di dalam laman tersebut beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar terhadap politik Malaysia. Beliau telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) buat kali kedua pada 1.10 petang 12 September 2008. Beliau telah ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping. 

Kehidupan peribadi

Dilahirkan pada tahun 1950, Raja Petra telah mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith. Pada umur 13 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution. Raja Petra Kamarudin pernah menjadi penjual motosikal dan pengedar beras. Beliau memang meminati motosikal semenjak kecil lagi.

Pada 14 April 1973, semasa berumur 23 tahun, beliau telah berkahwin dengan Marina Lee binti Abdullah yang pada masa itu berumur 18 tahun. Marina Lee Abdullah, kacukan Siam-Cina, merupakan seorang penerbit buku. Raja Petra dan Marina mempunyai lima orang anak (Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara) dan dua orang cucu.

Raja Petra merupakan seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan sepupu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas, dan Sultan Selangor yang ketujuh. Ibunya merupakan seorang berketurunan Wales.

Penglibatan politik

Raja Petra merupakan ahli Parti Keadilan Nasional (sekarang dikenali sebagai "Parti Keadilan Rakyat") yang terkehadapan—parti yang ditubuhkan sebagai satu tindakalas penangkapan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dalam tahun 1998. Pada 11 April 2001, Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan perdana menteri Mahathir bin Mohamad pada ketika itu. Beliau telah dibebaskan dari pada pusat tahanan 52 hari kemudian.

Raja Petra Kamarudin telah memulakan laman Malaysia Today dan blognya untuk memudahkan suatu perbincangan terbuka terhadap senario politik dan sosial Malaysia. Dalam tulisan atas taliannya, beliau selalunya sangat lucu, penuh dengan jenaka dan kadangkala kritis terhadap pembangunan politik di Malaysia. Di dalam rencananya di Malaysia Today, beliau menyokong ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan di dalam sistem politik Malaysia. Dia selalu mengecam politik wang, rasuah, dan polarisasi etnik yang tertanam jauh di dalam masyarakat Malaysia.

Menghina institusi diraja

 
Pada 23 Julai 2007, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO, telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysia Today pada pukul 12.57 p.m. di stesen polis Tun H.S. Lee, di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121 (B) dan Seksyen 123, Seksyen 4 dari Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 263 dan Seksyen 266 dari Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk satu masukan blog pada 11 Julai di dalam laman berkenaan yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, merendah-rendahkan Islam dan cuba membuat hasutan dan keganasan di kalangan kumpulan etnik tempatan. Raja Petra Kamarudin membalas balik dengan menerbitkan satu rencana di dalam Malaysia Today, memukul balik Muhammad Muhd Taib dengan tuduhan-tuduhan hipokrasi dan rasuah. Satu laporan polis kedua telah dibuat terhadap Raja Petra yang dipercayai telah dilakukan setelah terbitnya rencana berkenaan, dan Raja Petra telah disaman ke balai polis Dang Wangi pada 25 Julai 2007, dan disoal siasat selama lapan jam. Isterinya pula telah disoalsiasat selama sejam.

Selepas dibebaskan setelah disoalsiasat, Raja Petra Kamarudin memberikan alasannya kenapa Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya, menyatakan bahawa kerajaan ingin melenyapkan penulis-penulis blog sebelum pilihan raya Malaysia.

Kontroversi

Saman fitnah RM4 juta

Pada 26 Mac 2008, Raja Petra Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta setelah tidak menghadirkan diri dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi.

Selain Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (PKR),Ketua Pengarang akhbar PKR, Suara Keadilan dan editornya turut diperintah membayar RM3 juta atas kes yang sama.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Mahkamah memutuskan Raja Petra sebagai defendan pertama didapati memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya Malaysia-Today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya?

Raja Petra pula mendakwa bahawa ia berdasarkan surat yang ditulis kepadanya oleh bekas perwakilan pelajar dan dia enggan membayar gantirugi mefitnah tersebut. Dia sebaliknya mendakwa bahawa kemenangan Nordin Kadir tidak menunjukkan keadilan sebaliknya Nordin Kadir menang kerana Raja Petra enggan hadir ("He went to the football field and our team did not show up so he shot all the goals by himself.")

Pandangan mengenai pemecatan Tun Salleh Abas

Dalam banyak tulisannya, Raja Petra dilihat sebagai seorang yang pro-Mahathir. Dalam tulisannya "Smokescreens and disinformation: a distraction of issues", beliau mendakwa pemecatan Tun Salleh Abas sebagai ketua hakim negara adalah kerana Tun Salleh Abas menulis surat kepada Agung mengadu mengenai bunyi bising semasa proses mengubahsuai istana Agung. Salinan surat dihantar kepada Raja-raja lain yang menyebabkan Agung ketika itu murka. Perkara ini ditulis seperti berikut:

"What happened was that the Chief Justice had a home next door to the Agong’s and His Majesty’s house was under renovation. The Chief Justice was displeased with the noise and pollution and he wrote a letter to the Agong with copies to all the Rulers complaining about the matter. The Agong was upset with this insolence on the part of the Chief Justice. Writing a complaint letter is one thing and could be forgiven since this was a genuine grievance -- though an audience would have been the correct protocol instead of a complaint letter -- but to copy the letter to all the Rulers smacks of pressure.
The Agong was outraged and demanded that Mahathir sack the Chief Justice for this insolence that tantamount to misconduct. Mahathir, however, replied that he does not have the authority to sack the Chief Justice and that this can only be done through a Tribunal. The Agong then commanded (titah) that a Tribunal be set up, which was to report direct to His Majesty. The Tribunal found the Chief Justice guilty of misconduct and sent its recommendation to the Agong, who then removed the Chief Justice."

Terjemahannya seperti berikut:


"Apa yang berlaku kepada Ketua Hakim adalah beliau tinggal bersebelahan dengan Agung dan istana Baginda ketika itu sedang diubah suai. Ketua Hakim tidak suka dengan bunyi bising dan pencemaran yang berlaku dan beliau menulis surat kepada Agung dengan salinan dihantar ke semua Raja-Raja mengadu mengenai perkara berikut. Menulis surat aduan adalah satu perkara dan boleh dimaafkan kerana perkara ini adalah rungutan yang benar - walaupun mengadap merupakan protokol yang betul dan bukannya surat aduan - tetapi salinan surat kepada Raja-Raja yang lain seperti satu tekanan.
Agung menjadi murka dan menuntut Mahathir memecat Ketua Hakim untuk perbuatan biadap ini yang disamakan dengan salah laku. Mahathir, bagaimanapun, menjawab yang beliau tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Hakim dan ini hanya boleh dilakukan melalui Tribunal. Agung kemudiannya bertitah sebuah Tribunal dibentuk dan melaporkan terus kepada Baginda. Tribunal mendapati Ketua Hakim bersalah dalam hal ini dan menghantar cadangannya kepada Agung yang kemudiannya memecat Ketua Hakim."

Kes Altantuya

Pemilik web Malaysia-today.net Raja Petra Raja Kamaruddin telah menulis artikel berhubung kes Altantuya . Beliau telah menulis artikel bertajuk "Lets send the Altantuya murderes to hell” dan menyentuh penglibatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akibatnya rumah beliau di Sungai Buloh,Selangor telah dikunjungi oleh pihak polis dari jenayah siber Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sebuah komputer telah dibawa untuk siasatan lanjut dan beliau diminta hadir ke Ibu pejabat Polis bahagian jenayah siber, di Jalan Dato Onn di Kuala Lumpur.

Peguam beliau ialah William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dan Bendahari PKR. Beliau akan didakwa di bawah Akta Hasutan Seksyen 4C kerana menghasut. Pegawai penyiasat ialah DSP Rajagopal dan ASP Tan Kok Liang.

Siasatan terpaksa dibuat kerana 'mencampuri' perbicaraan kes Altantuya yang masih berlangsung di mahkamah . Superintenden Gan Tack Guan telah memfailkan laporan tersebut berdasarkan artikel tersebut bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Isteri Petra,Marina Lee Abdullah cuba mendapatkan bantuan daripada peguam yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Tetapi Wee dihalang memasuki premis Bukit Aman.

Pada 6 Mei 2008 Raja Petra Kamaruddin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan ekoran tulisannya tentang Altantuya pada 25 April 2008. Jika sabit kesalahan , beliau boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun dan atau denda tidak lebih RM5,000. Perbicaraan kes ditetapkan pada 6 hingga 10 Oktober 2008. William Leong selaku peguambela merayu rakyat Malaysia mengutip RM1 bagi menjelaskan ikat jamim tersebut.

Di Dewan Rakyat pula, Lim Kit Siang dari DAP dan lain-lain membangkitkan kewajaran penahanan Raja Petra Kamaruddin.

Tahanan ISA

Pada 12 September 2008 jam 1.10 petang, beliau telah ditahan untuk kali kedua di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Turut ditahan ialah ialah Tan Hoon Cheng , Teresa Kok dan Syed Azidi. Mereka ditahan kerana boleh menjejaskan keselamatan negara dan hubungan beragama.

Pada 23 September 2008, RPK dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak untuk tempoh 2 tahun mengikut Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Arahan itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar. Dengan itu habeas corpus yang dikemukakan oleh peguamnya terbatal.Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah pada 28 Oktober 2008.

Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim turut berada di sebelah Marina Lee Abdullah di mahkamah memberi sokongan moral.

Sumber dari Wikipedia


 


 



Monday, March 7, 2011

Pelajari keputusan pilihan raya Sweden

Seperti mana post pertama aku dulu dalam video yang mengisahkan sebuah program Blog di RTM bersama Raja Petra Kamarudin (RPK) dan beliau ada menyatakan tentang jawapan dari pengacara yang menyoal tentang isu 'Negara mana yang RPK merasakan adalah good governance' and he said : 'probably Sweden'.. Dalam mencari pernyataan ini aku terjumpa satu artikel mengenai sweden dan agak menarik untuk orang baru belajar pasal politik seperti aku ini haha..Meh sama-sama kita baca tentang apa yang menariknya negara Sweden ini untuk dijadikan contoh buat negara kita..........

"MUNGKIN tiada intelektual politik di Malaysia, apa lagi orang ramai yang sudi mengambil perhatian terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU) Sweden baru-baru ini. Maklumlah Sweden hanyalah sebuah negara kecil yang berpenduduk kurang daripada 10 juta. Namun kepada yang berminat, mungkin keputusan pilihan raya itu ada pengajarannya kepada Malaysia.
Menyusul daripada trend keputusan pilihan raya Britain dan Australia yang menghampirkan tiada satu parti dapat menubuhkan kerajaan, Sweden juga mengalaminya. Alliance of Sweden yang menggabungkan empat parti iaitu Parti Morderat, Parti Christian Democrat, Parti Liberal dan Parti Centre, bukan sahaja namanya seakan-akan Barisan Nasional (BN), malah pendekatannya juga sangat pragmatik, moderat dan mengambil pendirian sederhana, tetapi tidak mendapat mandat yang jelas.
Berbanding BN yang memenangi majoriti relatif besar (hanya tidak mempunyai dua per tiga majoriti), Alliance of Sweden hanya memenangi 173 daripada 349 kerusi. Semasa mengambil alih kerajaan daripada Social Democrat pada tahun 2006 pun, Alliance of Sweden yang diketuai oleh Fredrik Reinfeldt, hanya memiliki tujuh kerusi majoriti.
Yang menarik dalam pilihan raya Sweden adalah sikap 'sporting' pemimpin Mona Sahlin dari Social Democrat yang mengisytiharkan mengaku kalah, tidak seperti parti-parti yang kalah di Malaysia dalam pilihan raya 2008, cuba menggoda atau membeli calon-calon dari parti lain meskipun Mona Sahlin mempunyai potensi membentuk kerajaan campuran parti-parti kecil dengan jumlah kerusi 176.
Mona Sahlin mengisytiharkan, "parti kami gagal menarik dan meyakinkan majoriti. Alliance of Sweeden telah berjaya mendapatkan majoriti itu. Oleh itu, kami serahkan kepada Reinfeldt untuk terus menerajui Sweden". Terserlah semangat kesukanan dan etika berpolitik di sana.
Yang menariknya, Perdana Menteri Fredrik Reinfeldt yang dibenarkan membentuk kerajaan dengan hanya 173 daripada 349 tidak langsung memberi gambaran partinya kalah atau lemah seperti riuh rendahnya BN yang saling salah menyalahkan sesama sendiri. Dengan yakin dan tegas, Reinfeldt mengisytiharkan bahawa dia tidak akan sekali-kali tunduk dan mengajak parti ekstrem kanan Sweden Democrat untuk membentuk kerajaan.
Dengan hanya menguasai kerusi kurang daripada separuh kerusi Parlimen keseluruhan, Alliance of Sweden tidak sekali-kali menunjukkan diri mereka sebuah parti yang cuba berpaut kepada apa saja bagi mengelak mati lemas. Serta, tidak juga ada mana-mana parti dalam perikatan itu yang tiba-tiba berusaha menukar imej daripada moderat kepada ekstrem bagi menarik golongan pengundi tertentu seperti terjadi dalam komponen BN berikutan keputusan 2008.
Seperti di Malaysia, isu-isu pilihan raya Sweden juga dipenuhi oleh isu pendatang asing yang mewakili 14 peratus penduduknya; isu media yang dikuasai oleh pemerintah dan isu sama ada Sweden patut menyertai Kesatuan Eropah sepenuhnya. Sweden adalah negara yang pernah mengadakan referendum untuk tidak menyertai mata wang Kesatuan Eropah dan menolak penyertaan dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pendekatannya dalam Eropah menyamai ZOPFAN di ASEAN yang dijuarai oleh Malaysia.
Mungkin ada yang menyoal lagi, mengapa saya seperti bersungguh-sungguh mengajak orang Malaysia memandang ke Sweden? Sambil itu, tentu ramai juga yang masih ingat keputusan pilihan raya umum 1999 di Malaysia. Masa itu, Malaysia menghadapi krisis ekonomi. Masa itulah juga, saya telah dijemput untuk berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan berpeluang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet setiap Rabu yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Setelah sekian lama, orang hanya tahu Mahathir hanya melihat Jepun dan dasar pandang ke Timur. Tetapi sebaik ekonomi Asia dilanda krisis, kita mula terdengar suara kekebalan negara-negara Scandinavia dari segi ekonomi. Dalam ranking daya saing, seringkali muncul negara-negara dalam kelompok itu di senarai teratas. Demikian juga dengan ranking negara yang paling tidak korup. Di situ bermulanya minat untuk mengikuti perkembangan negara dalam kelompok itu. Bagaimana mereka menjadi seperti mereka sekarang?
Polisi ekonomi Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, antara lain menekankan tentang usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Sweden dan rakan-rakannya di Scandinavia telah berada pada kedudukan itu. Ekonomi mereka sangat kuat. Pengangguran seperti di Malaysia, menghampiri kosong. Ini menjadikan Sweden, seperti Malaysia, menjadi tumpuan pendatang asing yang kini telah mencapai 14 peratus.
Kerajaan Sweden juga secara rasmi dipanggil Kingdom of Sweden, sama seperti Malaysia (jika kerajaan (beraja) disamakan dengan Kingdom). Daripada 78 tahun usia kerajaan Sweden, 65 tahun daripadanya (Malaysia 55 tahun jika mengambil kira pilihan raya 1955) dikuasai oleh satu kerajaan sahaja. Ini menyebabkan politik Sweden sangat stabil dan dapat membina dasar negara yang sangat mantap dengan pendekatan negara kebajikan yang sangat pemurah.
Taraf hidup dan jangka hayat penduduknya adalah nombor satu dalam dunia iaitu 79 tahun untuk lelaki dan 83 untuk perempuan. Pendapatan perkapitanya AS$50,940 (Bank Dunia, 2008), melampaui apa yang dicita-citakan oleh Najib untuk menjadikan Malaysia yang rakyatnya berpendapatan tinggi.
Rumusan kepada perbincangan ini ialah bagaimana pemimpin Malaysia harus menghadapi PRU ke-13. Apakah janji-janji yang akan ditawarkan oleh pelbagai parti kepada rakyat. Bolehkah janji memberi pendapatan tinggi kepada rakyat menjadi janji yang meyakinkan? Bolehkah tahap tanpa rasuah mencapai kedudukan seperti Sweden sekarang? Apakah cara melaksanakan janji mengurangkan jenayah, terutamanya yang dikaitkan dengan pendatang asing?
Cita-cita Malaysia ingin menjadi negara maju sepenuhnya telah pun dicapai oleh Sweden. Namun rakyat Sweden tetap tidak memberi undi majoriti dua pertiga kepada parti yang membentuk kerajaan. Jika demikian, apakah yang rakyat mahu? Hal seperti inilah yang perlu diselami apa yang terkandung di dalam jiwa rakyat.
Bagaimana pengundi harus mendidik parti-parti yang bertanding memahami etika pertandingan. Jika jelas mereka mempunyai kerusi yang sedikit, meskipun berpotensi untuk berkongsi dengan parti kecil yang lain, penghormatan perlu diberi kepada parti yang paling banyak mendapat kerusi.
Di Malaysia, ada Dewan Negeri yang pernah dikuasai oleh parti yang mempunyai bilangan kerusi yang sangat sedikit, hanya semata-mata adanya 'perkongsian politik selesa', sehingga terjadi lawak jenaka siapa yang patut jadi Speaker Dewan. Kira-kira 65 tahun daripada 78 tahun Sweden berada dalam satu kerajaan, membolehkannya menjadi seperti sekarang, sepatutnya menjadi sedikit panduan kepada pengundi-pengundi Malaysia menjelang PRU ke-13 nanti.
Namun yang menarik hati saya mengenai Sweden ialah kaitannya dengan isi tulisan saya di Utusan Malaysia mengenai Negara Perniagaan, iaitu Sweden mempunyai hubungan 'private-public' yang tiada taranya yang dibanggakan sebagai "the Swedish-Model'."

Sumber dari : Utusan Online

Saturday, March 5, 2011

Sekalung Tahniah Buat Bob Lokman

Hari ini rasa terlintas dihati untuk menulis sesuatu berkenaan dengan isu Bob Lokman ini......
Walaupun kisah ini sudah pun lapok dek zaman oleh para pembaca blog khususnya dan masyarakat amnya, namun aku tidak berasa segan silu untuk mengolah sesuatu mengenai Bob Lokman ini....


Mungkin para penulis lain menulis kisah ini atas dasar politik dan sebagainya namun aku mengerak-gerakkan jari jemari aku ini menulis sesuatu mengenai Bob Lokman bukan atas dasar POLITIK, bukan juga atas dasar PARTI, bukan juga bukan atas alasan AGAMA sebenarnya. Sebagai penulis, aku melihat apa yang sedang dilakukan oleh Bob Lokman adalah satu tindakkan atau satu penghijrahan yang dibuat atas dasar untuk mengenali diri dan seterusnya take an action sejajar dengan target atau wawasan yang hendak dia capai. 


 Dan inilah apa yang aku ingin kongsikan bersama anda semua.....malah ramai orang-orang dahulu yang terkenal dengan kejayaan mereka juga atas sebab-sebab seperti ini....dan inilah apa yang aku tulis di atas 'Title Description' aku iaitu..............'Bagaimana kita berharap untuk sampai, sedangkan kita tidak tahu kemana kita hendak pergi.....Susah sebenarnya hendak merungkai persoalan hidup kita ini...lebih-lebih lagi untuk mencari diri kita sendiri.....Bagi pembaca yang belum memahami maksud aku yang mungkin agak mendalam kata sasteranya ini, apa yang aku cuba maksudkan ialah satu perkara paling berharga dalam hidup Bob Lokman ialah beliau telah mencari diri sendiri (haha)....Ada dikalangan orang mencari diri sendiri, cari apa,bagaimana, siapa, bila, di mana dan sebagainya sehingga penuh satu buku dengan pernyataan atau cita-cita dan harapan seterusnya langkah ke arah mencapai visi tersebut...Namun akhirnya gagal dan menemui jalan buntu kerana tiada action atau tindakkan yang diambil melalui langkah ke arah kejayaan itu....


 Alhamdulillah Bob Lokman telah pun melalui semua itu dan telah pun mengambil tindakkan atas apa yang dia nekad untuk menjadi....cuma dan selalunya tika kita mengharungi hidup di dunia ni, biasalah pelbagai dugaan dan cabaran bakal kita tempuhi....sepertimana artikel dibawah- bawah ni yang aku pernah tulis(scrolla kebawah...cari sendiri)....dan kalau ada dikalangan para pembaca yang boleh memberitahu sendiri kepada Bob Lokman...aku ingin sampaikan ni kepada dia:

"Ingatlah orang yang berya di dunia ini adalah mereka yang mencari keadaan yang diinginkannya dan jika mereka tidak berhasil menemukannya....mereka akan berusaha menciptanya........hidup perlu bermuhasabah...periksalah diri anda.....pusatkanlah perhatian anda dan fokus"


Baik....itu cerita asal niat mengapa aku menulis post ini...ini pula kisah berkenaan Bob Lokman yang berhijrah dari sesuatu kepada sesuatu....Pada mulanya aku melihat kelibat Bob Lokman dalam siri awal Gelangang Raja Lawak Astro musim ke-5...mari sama-sama kita saksikan (kalau music kat bawah tu menganggu..pausekanla dulu k):


Walaupun aku tahu pada asalnya juri untuk musim ke-5 ini adalah orang lain...tp melihat pada penampilan Bob Lokman tika ini aku merasakan ini bukan satu gimik ataupun secara dirancang oleh program tersebut.....Lantas fikiranku mula terfikir "mungkin Bob berubah kerana kematian arwah Din Beramboi" dan lalu aku membiarkan ia berlalu tanpa mengambil pedulik...Minggu kemudiannya aku didatangi oleh tetamu terdekat aku ini iaitu Pak Lang aku haha...(12km ja umah dia ngan umah aku)...dalam duduk2 bersembang terkeluar dari mulut beliau berkenaan Bob Lokman di Kedah....wah ketinggalan zaman aku rupanya...Lantas aku mengerakan cursor search membaca perubahan baru Bob Lokman ini...



Bob Lokman menyertai parti Pas.....dan borang penyerahan ahli di serahkan sendiri kepada YB Kedah ustaz Azizan dan dalam suatu ketika diadakan ceramah oleh beliau dalam perhimpuan seramai  30K umat manusia...dan demikianlah serba sedikit cerita aku ini...Sekalung Tahniah dari Impian Seroja...Wassalam


Fakta Menarik

  1. Jika perut tidak mempunyai satu lapisan mukus, perut anda akan menghadam sendiri. 
  2. Terdapat 60,000 batu urat darah dalam badan manusia.  
  3. Ia mengambil kira-kira 60 saat untuk sel darah manusia untuk membuat satu litar lengkap badan
  4. Orang biasa akan menggugurkan 40 pound kulit dalam hayatnya. 
  5. 1 / 15 pain darah dipam dengan setiap denyutan jantung.  
  6. Bayi paling ringan selamat ditimbang hanya 283 gram
  7. Pada purata, wanita mengatakan 7,000 perkataan setiap hari manakala lelaki hanya atas 2,000 perkataan.  
  8. Otak manusia menggunakan 20% daripada tenaga badan tetapi hanya 2% daripada berat badan
  9. Pada purata, manusia hilang 40-100 helai rambut setiap hari.  
  10. Bersin boleh melebihi kelajuan 100mph. 
  11. Satu batuk boleh mencapai kelajuan 60mph.  
  12. Orang biasa akan minum kira-kira 16,000 gelen air dalam hayatnya. 
  13. Kita menggunakan 17 otot untuk senyum dan menggunakan 43 otot untuk mengerutkan dahi
  14. Otak manusia mengandungi 75% air
  15. Tulang-tulang paha manusia lebih kukuh daripada konkrit.  
  16. Lebih banyak kuman dipindahkan ketika berjabat tangan berbanding dengan mencium
  17. Terdapat kira-kira 550 bulu dalam kening seseorang.  
  18. Otot terkuat dalam badan manusia ialah lidah
  19. Seseorang menghasilkan 10,000 gelen air liur dalam satu jangka hayatnya.
  20. Tulang paling kuat dalam badan manusia ialah tulang rahang
  21. Orang biasa membelanjakan 1 / 3 daripada hayat mereka untuk tidur.
  22. 70% daripada komposisi debu dalam rumah anda adalah terdiri daripada kulit manusia dan rambut
  23. Satu rambut manusia boleh menyokong 3kg.  
  24. Kuku tumbuh lebih kurang 1.5 inci setiap tahun
  25. Secara purata manusia membengkokkan sendi-sendi dalam jari-jari mereka 24 million kali semasa seumur hidup
  26. Secara purata, kita bernafas antara 12 dan 18 kali satu minit
  27. Kira-kira 1 daripada 25 orang menghidap asma.  
  28. Manusia biasa berpeluh  2 1 / 2 kuart setiap hari
  29. Secara purata kita  ketawa kira-kira 15 kali satu hari
  30. Secara purata mata manusia berkelip 25 kali setiap minit.

Friday, March 4, 2011

Pesanan Penaja

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Wednesday, March 2, 2011

Lapan Persoalan Langkah Menuju Kehidupan Yang Baru

  • Apa sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup anda?
  • Apakah pekerjaan yang dapat anda lakukan dengan baik?
  • Apakah halnya yang dapat memberikan kepuasan kepada anda?


(1) Rumuskan secara jelas sasaran utama anda dalam hidup 
  • -  I want to be........
  • -  Tulis sasaran ringkas yang hendak dicapai dan bila nak capai
  • -  Letakkan tepi katil anda, setiap pagi ketika bangun dari tidur bacalah nota itu.



(2) Gunakan daya imaginasi untuk menguatkan semangat
  • - Kalau anda tidak berminat atau yakin terhadap cita-cita anda, tiada gunanya anda menetapkan matlamat hidup anda
  • - Jadikan semangat anda berkobar-kobar (caranya bayangkan berapa untungnya anda jika anda berjaya menncapai sasaran.



(3) Bersedia untuk membayar
  • - Anda perlu bekerja keras merebut segala peluang yang ada dan melakukan pengorbanan dan sedia menanggung kegagalan.
  • - Ingatlah jika kita telah menetapkan sasaran tapi tidak mahu membayarnya, kita hanya membuang masa.



(4) Bayangkan pandangan yang positif kepada fikiran kita untuk mencapai sasaran




(5) Rela menerima kegagalan untuk sementara waktu
  • - Tabah dan tidak berganjak daripada pendirian dan selalu bangun dan kembali ke medan pertarungan
(6) Percayalah kepada kekuatan fikiran dalam merubah berbagai hal
  • - Anda boleh jika sekiranya anda berfikir yang anda boleh
  • - e.g .. saya rasa saya mampu untuk .................., 
  • - serius dengan wwasan
(7) Jangan menuduh diri sendiri
  • - Tolong diri sendiri - Jangan bersikap lemah, berdirilah tegak
  • - Berhentilah memperlekehkan pekerjaan anda
  • - Berhentilah melihat diri anda dari sudut pandangan cacing tetapi lihatlah diri anda dari sudut pandangan Tuhan. Anda makhlukNya. Jika anda penting dihadapanNya dan sememangnya anda cukup pentng. Jadi mengapa anda riuh rendah menyebut-nyebut yang diri anda itu tidak penting dan berguna.
(8) Berhentilah menutup kelemahan diri dengan berbagai dalih
  • - Examples.... saya tidak percaya pada keadaan.......
  • - Jangan mengatakan  - saya tidak sesuai untuk ..............., kalau sekiranya...., jika saya..... dan lain-lain lagi.


Ingatlah orang yang berya di dunia ini adalah mereka yang mencari keadaan yang diinginkannya dan jika mereka tidak berhasil menemukannya....mereka akan berusaha menciptanya........hidup perlu bermuhasabah...periksalah diri anda.....pusatkanlah perhatian anda dan fokus 

- Sumber dari Buku keluaran Thinker's Library

Bak kata radio sinar si abby panaskova tu - "Jangan beri dalih, Tapi katakanlah Boleh"
-Jadi renung-renungkan dan selamat beramal-

Family Events Di Melaka & Cameron Highland

Haha...aku tak tau dah nak cerita apa arini hahaha...tp aku cuma nak flash back Percutian-percutian aku bersama-sama dengan famlily aku tahun lepas dan awal tahun 2011 ini. Aku mulakan dengan percutian kami yang kedua (yang pertama akan aku tulis kemudian) iaitu di Melaka & Cameron Higland.

Niat asal ke aku ke Melaka sebenarnya untuk membawa balik barang2 selepas tamat pengajian di UTeM. Tapi atas perasaan ingin membawa family melihat perubahan Melaka yang maju pada 2010 begitu extreme sekali. Waktu itu cuti sekolah dan perjalanan kami ke Melaka pula pada sebelah tengah harinya. Dengan traffic jamnyer...dengan panasnya...dengan laparnya membuatkan perjalanan kami ke sana terbantut.


Kat Uma Pak Njang Serdang, Selangor(leceh tol nak upload pic lembap btol la)

Setibanya di Melaka Bandaraya Bersejarah ni...masing2 keletihan...disebabkan traffic jam yang memakan masa yang agak lama....Sebagai pemandu pelancong...aku membawa familyku terus ke suatu tempat yang jarang2 orang luar tahu dimana disitu pada suatu masa dahulu begitu sinonim dengan melaka iaitu Selat Melaka...Apa ada kat selat melaka tu.....macam2 ada...tp aku bawa famly aku terus ke Masjid Selat Melaka utk berhenti rehat,rawat dan solat disitu.

Masjid Selat Melaka

Alia pun ada

Mak juga tak lupa

 Abah Di persisir Masjid Selat

 Depa pun ada

Melaka Duck Tour

Cadangnyer nak naik menara Taming Sari...tp jumlah manusia terlalu ramai tika itu...Takkala aku terus ke rumah sewa mengambil barang yang hendak dibawa pulang di Ayer Keroh......Perjalanan kami yang lama membuatkan kami singgah makan disebuah retoran disitu hehe....

Esoknya...aku pun tak ingatla jam brapa gerak dari KL untuk ke Cameron..Tp apa yang masih terlintas kami tiba disusur keluar Tapah pada waktu maghrib tika itu...dan sampai ke Cameron pukul 11 lebey kurangla....Malam itu kami singgah di pasar malam berdekatan dengan hotel kami....Keesokkan paginya kami..................

Di ladang strawberi, cactus dan sayuran

Asyik mengutip buah strawberi fresh dari ladang

Mak ngah sempat berposing

Alia pun apa kurangnya

Dah penat kutip buah kami makanla pulak

Begitula serba sedikit cerita tentang percutian bersama famly di Melaka dan Cameron Hingland ni...nak upload pic banyak...lambat pulak.........Percutian pertama akan aku ceritakan di episod akan datangla...Bagus gak blog ni...buat orang malas jadi rajin...antara kelebihan lain kita menjadi orang yang bersabar(tunggu upload pic,edit dan setting)...kalau nak mahir menaip dan nak percantikkan frasa ayat....blogla tempat yang agak sesuai...........sekian dahulu disini.........wassalam

Tuesday, March 1, 2011

Kedah vs Kelantan

Pada 25 Februari yang lalu... bertempat di Astaka Stadium Darul Aman  

Ragam Orang Kita

 Di dalam Stadium Darul Aman (Home)

Bersama orang kuat KFA dan Pegawai Moden 


Penyokong fanatik Hijau Kuning Merah

 Barisan penyokong setia

Bersama Kumpulan Hip Hop tanah air yang terkenal dengan lagunya 'Ketiakku dipermain-mainkan'


 Adie & Aiman Rahim


Walaupun kami mendapat tiket 3 free pada malam itu, namun...
Perlawanan antara Kedah dan Kelantan seri 1-1
Akhir kata Majulah sukan untuk diri sendiri.......Sekian